Search

Salam perkenalan

Setiap hari abang teng...

  • Share this:

Salam perkenalan

Setiap hari abang tengok ada follower baru masuk.
Jadi abang nak perkenalkan diri.

Nama sebenar abang adalah HAMKA, dan nama pena abang abalah KERETA MAYAT

Abang memang rajinkan diri update facebook setiap hari, blog setiap minggu, Insta bila ada ambik gambar, dan sekali sekala update Youtube.

Jadi elok korang SEE FIRST untuk follow cerita yang berunsur “kagum dari jauh”

Antara topik yang abang tulis adalah, agama, isu semasa, kisah laki bini, seni tanjak, anak autsime, ulasan filem, dan sekali sekala, berkongsi resepi masakan puan bini.

Jumlah follower dekat FB dah naik 165 ribu.., tapi dekat Youtube baru 6 ribu.

Korang tolonglah like, Subscribe, Tekan loceng dan komen.
https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube)

Jika mereka yang bosan PKP di rumah nak baca tulisan abang mayat panjang panjang boleh beli buku abang, dah dua belas buku abang tulis, semua masih diulang cetak dan boleh dapat beli di kedai, juga boleh beli on line.

Tapi buku cetak banyak manapun lama lama akan habis juga, jadi PERMATA YANG HILANG dah habis, Kamar Sutera pun dah habis, buku fizikal yang ada:

Buku Hamka Keretamayat yang ada stok:

KERANA DIA ANAK SYURGA
Kisah abang dapat anak OKU Autisme, lalu abang Berjaya pujuk diri berdamai dengan takdir, hingga abang mampu bersyukur dengan setiap kesusahan, korang bacalah dan alami sendiri apa abang rasa wakt berdamai dengan takdir, gaya ketenteraman dan ketenangan abadi-Woha!

KISAH ANAK BINI
Ini buku himpunan soalan anak yang susah nak jawab, tapi abang jawab dalam bentuk buku dan suruh anak anak sendiri beli jika nak tahu jawapan, kah kah! Sangat membantu parent yang ada anak terlebih cerdik Tanya soalan melampaui minda, mujur ada ayah macam abang mayat tolong back up, kih kih kih.

KISAH LAKI BINI
Kisah cinta yang unik, belum dapat di jadikan drama sebab dunia masih belum mampu terima cerita cinta diselangi dengan tazkirah dan lawak dan info. Sila kagum dari jauh!

SEMUSIM DI SYURGA
Lepas baca buku ini, pandangan korang pada surau area rumah korang tak kan sama, korang akan Nampak surau itu taman syurga, jom semusim ke sana!

MENGETEH DI KUBUR AYAH
Ini surat ayah dari kubur, jika di baca akan bercucuran air mata, jangan tunggu keranda di usung baru nak baca, sungguh pesanan seorang ayah bakal menjadi bahan terhibur waktu tubuh terbujur dalam kubur.

PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI, okey dah ada versi (Ebook), bergembiralah.

AKU ALMOND LONDON DAN GAY
Fahami dunia LGBT dari sudut seorang pemandu kereta mayat-woha!

Baik, itu jer buku ada stok, buku Hantu TERKAHIR, SEMUSIM DI NERAKA,Menangkap Dajjal, semua dah habis, semua ini akan menjadi kenangan, tahniah kerana izinkan buku saya menghias almari jika tidak di dadamu.

Ok, selamat berkenalan, dan selamat follow page abang. Selamat follow youtube abang.

(Ilmu hidup yang rare bakal menyusul)

Woha!


Tags:

About author
not provided